Featured post

BERANGKAT.... ADAKAH SALAH DISISI AGAMA?

  سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جو...

Monday, 16 March 2015

       Assalamualaikum kepada semua and gudd morning kepada semua. Har ini saya bangun lambat sikit.... tetapi solat subuh sudah ditunaikan.  Pada hari ini saya akan membicarakan tentang Adab berpakaian dalam islam......

Sepanjang saya menetap di negara Malaysia ini, Jarang bagi saya melihat Orang yang beragama ISLAM tidak menutup aurat.....

Firman Allah SWT dalam suarah Al A`araf  ayat 26

  A026
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada seluruh umat manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyelamat dan pembawa rahmat kepada mereka dan seluruh kehidupan mereka. Ia penyelamat manusia dalam setiap kegiatan dan kehidupan mereka di dunia dan memberi rahmat kepada manusia di saat bertemu kembali dengan Tuhan mereka di akhirat kelak.

 Islam sebenarnya adalah agama yang mudah dan memudahkan umatnya bila garis dasar yang ditetapkan dalam berpakaian ialah menutup aurat dan bersih. Aurat mengikut jumhur ulama bagi lelaki ialah dari bawah lutut hingga ke atas pusat mereka

Masalah bagi lelaki ialah ketika waktu petang atau waktu sukan....
saya sering melihat kaum lelaki nie suka sangat memakai seluar pendek sampai mendedahkan aurat kita sendiri.
 
 


Saya mengkhususkan aurat lelaki ketika waktu petang kerana saya sering bermain bola,futsal,sepak takraw,badminton dan lain2 permainan dan menyebabkan saya melihat aurat team saya sendiri yang membuatkan saya berdosa untuk melihatnya dan apatah lagi berdosa apabila memakai pakaian yang tidak menutup aurat sendiri...? Renungkanlah????? Adakah anda ingin mendapat dosa free????




Manakala aurat bagi wanita ialah seluruh tubuh mereka kecuali muka dan dua tangan bermula dari pergelangan tangan mereka. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa seluruh tubuh wanita itu adalah aurat termasuk muka mereka dengan alasan muka juga boleh menarik perhatian lelaki yang "hatinya berpenyakit" dan akan menimbulkan fitnah dalam masyarakat.

 Firman Allah SWT dalam surah An Nur ayat 31

 
A031
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Selain itu, Islam yang diterima oleh seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia adalah berpunca dari pembawa yang sama iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda adalah dari bangsa Arab yang berpakaian mengikut budaya bangsa baginda.

Oleh sebab puncanya bermula dari bangsa Arab yang mana cara pemakaian mereka ialah jubah, serban atau kopiah (sesuatu yang menutup kepala) bagi lelaki dan berjubah labuh menutup seluruh tubuh bagi wanita, maka ia juga turut dikira sebagai budaya pemakaian Islam bahkan lebih jauh lagi ia sudah dicap sebagai imej Islam itu sendiri.


Saya pernah mendengar dari seseorang yang menyatakan Allah SWT berfirman. yang bermaksud;

"Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik."


Rasulullah s.a.w. sendiri dalam segala segi menjadi rujukan dan ikutan setiap umat Islam yang komited dan istiqamah dengan suruhan agama, maka mereka turut meniru dan membudayakan setiap amalan dan tindakan termasuklah cara Rasulullah s.a.w. berpakaian dalam hidup mereka.


Jadi bagi saya umat islam digalakkan menutup aurat.... meskipun dengan memakai jubah..
Bagi saya tidak perlu untuk membeli jubah yang terlalu mahal yang membuatkan orang akan berkata "Dia ni alim la, Dia ni warak la," dan macam2x lagi saya terdengar. Sebenarnya tidak perlu untuk mengatakan keyataan itu terhadap org lain kerana ade yang memakai jubah yang mahal2x untuk orang melihatnya atau untuk org memujinya dengan berlebihan.. ini akan membuatkan orang yang memakai jubah yang mahal itu akan berasa RIAK,TAQABBUR,SOMBONG, dan lain2x lagii.

Marilah kita mengikuti sunnah Nabi Muhammad sendiri.. kerana Baginda adalah contoh ikutan yang terbaik dimuka bumi Allah Sekalian alam ini..

Itulah yang melambangkan imej dan syiar Islam sehinggakan keperibadian seseorang hamba itu turut dinilai melalui cara mereka berpakaian.

Firman Allah dalam surah Al Ahzab ayat 59


A059
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

 Inilah antara lambang kesempurnaan dan ajaran bagaimana Islam mendidik umatnya dalam berpakaian dan memilih pakaian yang melambangkan ketaqwaan kepada Allah.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam dan selagi kita meyakini bahawa setiap ajaran Islam itu benar dan meyakini bahawa Allah itu benar, maka kita akan dengan rela hati memilih dan berpakaian menurut Islam dan menjulang tinggi pakaian yang manjadi syiar dan lambang keislaman dan ketaqwaan kita walaupun ada mereka yang membenci, marah atau menyerang kita.

Ketahuilah, hakikatnya mereka mahu menyerang Islam itu sendiri tetapi mereka memperalatkan seorang dua golongan yang berperangai syaitan tetapi meniru pakaian Islam.

Yakinlah Allah tetap bersama kebenaran dan Allah pasti bersama kita selagi kita bersama kebenaran.


Firman Allah SWT dalam surah An Nisa ayat 85


A085
Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

 
 





Ini bukan untuk jualan tapi saya ingin menunjukkan Bagaimana senangnya untuk kita menutup aurat?...  So Renungkanlah?????  Dan selamat Beramal

WalLaahu a`alam&

Hidupku matiku untuk Allah,
Disebalik sesuatu ada sesuatu, redha sangka baik,
Buang yang keruh ambil yang jernih
"nyeghongen nyeghongen juge! moh kite beghamei!"
  ''SAYA DAI'E BUKAN MUFTI''.
hampa tau dak ? kalau tau kongsi-kongsilah sikit dengan ana yee~



Assalamualikum.. jumpa lagi




No comments:

Post a Comment