Sepanjang saya menetap di Bumi yang nyata ini. Apatah lagi di Negara Malaysia yang penuh dgn kenikmatan dan kedamaian yang saya kecapi.. Saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya kawan yang dapat memahami erti dan perasaan org lain..
Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita
.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)...
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.
Sekiranya Sahabat yang kita dapat itu berperangai buruk jgn kita sesekali menyesal kerana akan terdapat hikmah disebalik itu.Mungkin Allah SWT hendak menguji kita supaya membantu kawan itu kearah kebaikan. saya pegang tagline daripada PU johani iaitu DISEBALIK SESUATU ADE SESUATU REDHO SANGKA BAIK....
Sifat Sahabat yang Mulia
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
Seseorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.
2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada.
Tidak menderitakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut.
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.
4. Menyebut kebaikan.
Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.
5. Mudah mengalah.
Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat.
Bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.
TIGA TAHAP PERSAHABATAN :
Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :
1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.Apa pun,persahabatan ini haraplah dapat ditingkatkan kepada persahabatan tahap pertama tadi.
Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kwan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain.”Sia-sia aku berkawan dengan engkau.”,”celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.”,”Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!”.
Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya :

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh
Oleh itu,siapakah teman,kawan dan sahabat kita hingga ke saat ini yang termasuk dalam kategori persahabatan kerana Allah,persahabatan tabii ataupun persahabatan yang tercela?Renungkan sebuah hadith nabi s.a.w. yang bermaksud,”Seseorang itu di atas agama kawannya”.
Okeylah Ini sahaja dapat saya kongsi pada Harinie kita jumpa lain hari
Assalamualaikum....
ilal liqa*
No comments:
Post a Comment