Featured post

BERANGKAT.... ADAKAH SALAH DISISI AGAMA?

  سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جو...

Saturday, 18 April 2015

BERANGKAT.... ADAKAH SALAH DISISI AGAMA?

 سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جوڬ ڤرنه ملمڤاوءي باتس اونتوق ديري سنديري. سأندايڽ سساورڠ ايت هاڽ داڤت منيمڤأيكن دعوة اڤابيلا دي سمڤورنا، نسچاي تيدق اكن اد ڤندعوه، مك اكن جادي سديكيتله اورڠ يڠ ممبري ڤريڠاتن


Assalamualikum kepada semua...... Hari nie merupakan hari plg bosan dalam seminggu nie....
Kenapa saya cakap mcm tu????? Ade maksud tersirat??? Heheheheheh Rahsia....
Hmmmm......  ok  Hari nie saya akan mengupaskan tentang tajuk ADIK ANGKAT

Anda mesti terfikir Kenapa saya memilih tajuk ini? sedangkan pelbagai tajuk boleh saya kupas?

Kerana masalah nie sudah viral atau famous dan terkenal di sekolah terutamanya di Sekolah Berasrama Penuh(SBP)....
 
Sebagai hamba Allah ta’ala yang sejati semestinya kita nak tahu, bolehkah kita memperlaku atau diperlaku sebagai adik-beradik angkat? Jika sama jantina tidak menimbulkan masalah?? ye ke?

Dalam kamus Islam sebenarnya tidak ada istilah adik-beradik angkat, yang ada hanya adik-beradik tiri atau adik-beradik kandung. Ini disebabkan status ajnabi tetap ajnabi dan bukan mahram tetap bukan mahram. Malah untuk menjadi mahram dengan syarat, iaitu dengan sebab keturunan, adik-beradik tiri dan perkhawinan. Adakah kita perlu putus sekiranya status adik-beradik angkat tidak boleh diperlakukan? Jawapannya bukan disuruh putus silaturrahim tapi janganlah menggunakan status adik-beradik angkat walaupun kenal dari kecil, dan perlakulah seperti kawan atau sahabat untuk memperkukuhkan silaturrahim.

Perkara ini menjadi kebiasaan dan berleluasa dalam masyarakat dan akhirnya menjadi biasa, padahal perkara ini salah dan akhirnya tidak jadi salah. Dalam Islam yang ada hanyalah anak angkat tetapi tidak boleh dinisbahkan(bin@binti) kepada ayah angkat tersebut :

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ فَإِن لَّمْ تَعْلَمُوا آبَاءهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ
Maksudnya: Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. (Al-Ahzab: 5).

Bagi pendapat saya sebagai seorang DA^IE

- Hukum adik berangkat sesama jantina bagi merapatkan ukhwah sesama insan tidak salah dan tidak    dilarang dalam agama islam malah bagi saya ia amat digalakkan kerana

  • Ia dapat mengelakkan adik(budak2) dibuli dan membuli 
  • Ia juga dapat memberikan kehormatan kepada abang2(senior)
  • Ia juga dapat mengatahui apa masalah yang dialami oleh adik2
  • Ia juga dapat mentarbiyahkan diri sendiri
 Pelbagai lagi asbab yang menggalakkan kita berangkat..... Namun itu sahaja yang saya dapat berikan pada malam ini.......

Saya sendiri pun berangkat ngn org lain bagi tujuan menceritakan masalah yang dialami dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara..... 


Okey la ini saja yang dapat saya kongsikan pada malam ini...

Akhir kalam  fenomena adik beradik berangkat ini tidak menyalahi hukum syarak dan ia amat digalakkkan bagi adik2 yang kecil supaya cepat mengetahui AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR....

ASSALAMUALAIKUM dari saya dan ILAL LIQA^..........
#SAYADAIEBAKALMUFTI

1 comment:

  1. Slot Review - Live casino site - Lucky Club
    Live casino offers a variety of casino games, including slot machines, progressive jackpots and traditional table games. You can choose from a Number of Games: luckyclub.live 1000+ Rating: 5 · ‎Review by LuckyClub · ‎Free · ‎Game

    ReplyDelete