Featured post

BERANGKAT.... ADAKAH SALAH DISISI AGAMA?

  سسوڠڬوهڽ اڤابيلا اكو مناصيحتي كامو، بوكنله برارتي اكوله يڠ ترباءيق دالم كالڠن كامو، بوكن جوڬ يڠ ڤاليڠ صالح دالم كالڠن كامو، كران اكو جو...

Wednesday, 3 June 2015

                                                           
A001
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

A002
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

A003
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

A004
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

A005
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -


A006
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

A007
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

A008
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

A009
 Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;

A010
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

A011
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

 Assalamualikum kpd semua saya kembali semula........

Pada hari ini saya akan membicarakan tentang KECERMELANGAN IMAN ASAS KEJAYAAN

Apa yang kita dapat dari surah al mukminun  ayat 1-11??????

  • Allah S.W.T menjanjikan kejayaan dan balasan Syurga Firdaus kpd org2 yg beriman yg solat dengan khusyuk,menjauhi perkara sia2,mengeluarkan zakat,menjaga kehormatan diri,menunaikan amanah, menjaga kesempurnaan solat.
  • Org2 yg beriman yg memiliki sifat2 spt ini juga akn memperolehi kejayaan dlm hidup di dunia dan di akhirat 



Ciri mukmin yang berjaya ialah
  • Khusyuk dalam solat
          Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 103
          
           A103

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.


  • Menjauhi perkara sia - sia
  • Mengeluarkan zakat 
          Firman Allah dalam surah At taubah ayat 103
        
          A103

 Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 


  • Menjaga kehormatan diri 
  • Memelihara amanah dan menunaikan janji 
          Firman Allah dalam surah An Nisa ayat 58
 
          A058

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

  • Menjaga waktu solat.....
 
 
        Daripada situ kita akan dapat yang seseorang akan mendapat kebahagian hidup di dunia dan di akhirat
dengan hanya meningkatkan kualiti iman........
   
Hanya di sini sajalah saya dapat kongsi dengan anda semua Assalamualaikum dan ilal liqa^
         

No comments:

Post a Comment